Peristiwa 13 MEI 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang mengakibatkan kehilangan nyawa dan serta harta benda dan mempunyai kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum1969' merupakan satu titik hitam dalam sejarah negara malaysia

Wednesday 1 October 2014

RUJUKAN



 Antara rujukan yang kami dapat peroleh adalah daripada laman sesawang dan buku-buku rujukan :
  1. http://www.malaysiakamu.blogspot.com/2010/05/pengajaran-hakikat-peristiwa-13-mei.html 
  2. http://www.tatiuc.edu.my/syahrul/peristiwa_13_mei.html
  3. http://islamicplayer.blogspot.com/2013/04/kesan-peristiwa-13-mei-1969.html
  4. http://zanas.wordpress.com/artikal/peristiwa-13-mei/
  5. http://ms.wikipedia.org/wiki/Peristiwa_13_Mei
  6. 13 Mei Sebelum dan Selepas, Tunku Abdul Rahman
  7. 13 Mei 1969 di Kuala Lumpur, Abdul Rahman Ibrahim
  8. 13 May 1969 The Darkest Day in Malaysia History, Leon Comber


KESIMPULAN


     
     Peristiwa pahit 13 Mei 1969 bukan sahaja dicatat sebagai sejarah pertelingkahan kaum yang menggariskan sempadan - sempadan yang harus diteliti dan dipelihara oleh semua pihak, malah ia turut memaparkan rahsia-rahsia pembinaan negarabangsa yang mencakupi bidang-bidang politik, sosial dan ekonomi serta betapa pentingnya integrasi nasional. Andaikata petanda-petanda yang diperolehi itu gagal dimenafaatkan sudah tentu cita-cita untuk membina Malaysia sebagai sebuah negara maju dan makmur akan menjadi bayangan sahaja.

    Selepas peristiwa ini kerajaan telah memperkenalkan beberapa dasar seperti Dasar Ekonomi Baru dan Rukun Negara bagi memulihkan system sosio-ekonomi negara dan perpaduan penduduk. Diharapkan peristiwa seperti ini tidak lagi berulang di Malaysia. Dalam peristiwa ini apa yang penting bukanlah siapa yang terlibat dan bersalah dalam rusuhan ini, tetapi apakah puncanya peristiwa ini berlaku dan apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasinya. Sikap ultra-racist, chauvinist serta kegagalan dalam memahami Kontrak Sosial dan Pakatan Murni semasa penubuhan Malaysia merupakan punca utama masalah ini berlaku.
i

KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

KESAN PERISTIWA 13 MEI 1969

PENGISTIHARAAN DARURAT

Kejadian itu juga menyebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera.Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa.






 Membentuk Majlis Gerakan Negara (MAGERAN ) 

  Setelah mengisytiharkan darurat di seluruh negara pada 16 Mei 1969 kerajaan telah menubuhkan Majlis Gerakan Rakyat (MAGERAN) yang diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu iaitu Tun Abdul Razak. Turut menganggotai MAGERAN ialah pemimpin-pemimpin parti politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi polis dan tentera. Antaranya ialah Tun Dr. Ismail, Tan Siew Sin, Tun G.T Sambatan, Dato’ Hamzah Bin Abu Samah, Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie, Tan Sri Abdul Kadir Shamsuddin, Tan Sri Mohd Salleh Ismail dan Jeneral Tunku Osman Tunku Mohd Jiwa. 
Fungsi utama MAGERAN ini ialah: 
1. Mengembalikan keamanan dan undang-undang negara. 
2. Menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna. 
3. Mengembalikan suasana keharmornian dan kepercayaan antara kaum  di Malaysia. 
Dengan wujudnya MAGERAN maka sistem kerajaan berparlimen telah digantung dan semua kuasa pentadbiran telah dipusatkan kepada MAGERAN. Fungsi kerajaan berparlimen mula dipulihkan semula pada 23 Februari 1971. 
 Menubuhkan Majlis Perundingan Negara 

  Majlis perundingan  Negara telah ditubuhkan pada bulan Januari  1970 untuk membentuk perpaduan antara kaum di Malaysia. Majlis Perundingan Negara telah dipengerusikan oleh Tun Abdul Razak. Ahli-ahli majlis ini terdiri daripada wakil-wakil: 
a) Menteri-menteri yang menganggotai MAGERAN. 
b) Kerajaan-kerajaan Negeri. 
c) Parti-parti Politik. 
d) Sabah dan Sarawak. 
e) Kumpulan-kumpulan Agama. 
f) Badan-badan Profesional. 
g) Perkhidmatan Awam. 
h) Kesatuan Sekerja Dan Persatuan Majikan. 
i) Wartawan. 
j) Persatuan Guru-guru. 
k) Kumpulan Minoriti. 
Fungsi utama  Majlis Perundingan Negara ini ialah untuk meneliti isu-isu perpaduan negara serta mencari jalan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang melibatkan pelbagai kaum. Ia juga bertindak sebagai penasihat kepada MAGERAN mengenai perkara-perkara yang bersangkutan dengan perhubungan dan integrasi kaum di Malaysia. 
 Memperkenalkan Rukun Negara. 

  Menyedari masyarakat berbilang kaum di Malaysia tidak mempunyai satu hala yang jelas maka kerajaan telah memperkenalkan rukun negara untuk memberi garis panduan yang lebih jelas kepada masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Rukun negara adalah manifestasi idealogi nasional dengan tujuan untuk mencapai perpaduan di kalangan rakyat tanpa mengira kaum, warna kulit, bangsa dan agama.  Konsep rukun negara yang dibentk oleh MAGERAN ini pada asasnya  ialah untuk membentuk corak masyarakat Malaysia berdasarkan prinsip hidup yang telahpun wujud dan boleh dijadikan  pegangan masyarakat Malaysia. Antaranya ialah: 
1) Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakat. 
2) Memelihara cara hidup demokratik. 
3) Mencipta suatu masyarakat yang adil dan kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama. 
4) Menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi yang kaya dan pelbagai corak. 
5) Membina sebuah masyarakat progresif dengan menggunakan sains dan teknologi. 
Konsep rukun negara  telah dibahagikan kepada lima prinsip iaitu: 
1. Kepercayaan Kepada Tuhan. 
2. Kesetiaan kepada Raja Dan Negara.. 
3. Kedaulatan Undang-undang 
4. Keluhuran Perlembagaan. 
5. Kesopanan Dan Kesusilaan 
 Pembentukan Majlis Muhibah 
  Majlis Muhibah ini telah ditubuhkan atas arahan daripada MAGERAN. Majlis ini telah diketuai oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Ia diadakan di setiap peringkat iaitu peringkat pusat, daerah negeri dan kawasan. Ini bertujuan untuk memastikan matlamat penubuhan majlis ini berjaya di segenap lapisan masyarakat Malaysia.  Majlis ini berperanan untuk menggalakkan perkembangan muhibah di kalangan pelbagai kaum dan berusaha ke arah memulihkan kembali kepercayaan dan keyakinan di kalangan pelbagai kaum di Malaysia yang telah musnah akibat peristiwa hitam 13 Mei 1969. 
 Penyusunan Semula Politik (Barisan Nasional) 
  Apabila berlakunya masalah 13 Mei, kebanyakan parti-parti politik mula menyedari peri pentingnya bersatu dalam satu barisan yang menggabungkan pelbagai kaum. Justeru wujudlah Barisan Nasional yang lahir atas kesedaran untuk mengatasi maslah perpaduan kaum akibat peristiwa 13 Mei 1969. Ia dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Kongres India Malaysia (MIC) dan Persatuan Cina Malaysia (MCA) serta enam lagi parti politik. Tujuan pembentukan Barisan Nasional ialah untuk mengurangkan perpecahan politik dan sesuai dengan pindaan Perlembagaan 1971.  Rombakan politik ini  telah berjaya menampakkan hasil yang cukup memberangsangkan kerana semua pihak semakin mula memahami kepentingan perpaduan kaum. 
  


Dasar-Dasar Kerajaan Untuk Membentuk Perpaduan Yang Lebih Baik Selepas Peristiwa 13 Mei 1969 
  Peristiwa 13 Mei 1969 telah memberikan impak negatif terhadap perpaduan rakyat Malaysia. Kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak Dato’ Hussein menyedari akan hal ini kerana jika ia tidak dibendung atau disekat ia akan mencetuskan satu situasi yang tidak diingini sekali lagi. Justeru pelbagai langkah telah diambil untuk mengatasi maslah ini melalui dasar-dasar yang dibentuk untuk membina perpaduan di kalangan masyarakat berbilang bangsa. 
 Dasar Ekonomi Baru (DEB
Dasar ini telah diperkenalkan pada tahun 1970 dan mempunyai matlamat serampang dua mata iaitu: 
Pembasmian Kemiskinan Tanpa Mengira Kaum 
  Melalui dasar ini kerajaan bertindak untuk merapatkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan golongan miskin tanpa mengira kaum kerana ketidakseimbangan kekayaan terutamanya antara kaum hanya akan mencetuskan suasana yang tidak harmorni akibat rasa tidak puas hati anatara satu sama lain. Justeru untuk menjayakan Dasar Ekonomi Baru ini kerajaan telah memberi banyak tumpuan kepada golongan seperti pekebun-pekebun kecil, penghuni estet, petani nelayan dan pesawah. 
 Antara program dan perancangan yang telah dilaksanakan ialah seperti berikut: 
a) Penyediaan infrastruktur parit dan taliair termasuk pemberian subsidi dan kredit bagi membolehkan pesawah melaksanakan penanaman padi dua kali setahun. 
b) Menyediakan skim penanaman semula yang menggalakkan penggunaan benih kacukan berhasil tinggi, termasuk pemberian kredit dan subsidi sara hidup serta bantuan untuk pembiakan ikan dan kegiatan ternakan yang  ditujukan kepada pekebun kecil. 
c) Menyediakan skim pemilikan bot dan pemberian subsidi kepada nelayan untuk membantu mereka memberi kelengkapan menangkap ikan yang perlu dan lebih berguna. 
d) Memlaksanakan rancangan pembukaan tanah baru yang membolehkan penghuni desa menyertai kegiatan pertanian moden, misalnya skim anjuran Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) serta Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Negara (FELCRA). 
e) Melaksanakan penyediaan kemudahan sosial seperti klinik, hospital, sekolah bekalan air dan elektrik, rumah kos rendah dan peluang pekerjaan sebagai peniaga kecil bagi kumpulan berpendapatan rendah. 

 Penyusunan Semula Masyarakat 
  Dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB) kerajaan juga memberi tumpuan untuk menyatupadukan semula masyarakat yang telah berpecah belah akibat ketidakseimbangan perolehan dan pengagihan kekayaan negara. Dalam dasar ini kerajaan menetapkan sasaran untuk pemilikan ekuiti dalam bidang perusahaan dan perniagaaan iaitu 70 peratus ekuiti rakyat Malaysia termasuk 30 peratus ekuiti bagi kaum Bumiputera pada tahun 1990. 
Selaras dengan usaha untuk menjayakan DEB kerajaan telah mengambil langkah-langkah berikut untuk memastikan keberkesanan pelaksanaan DEB: 
i) Meningkatkan pendapatan da taraf hidup golongan kurang berupaya. 
ii) Menyusun semula corak guna tenaga dalam sektor ekonomi tertentu 
iii) Menyusun semula pemilikan ekuiti. 
iv) Melatih dan membentuk para usahawan dan pedagang baru di kalangan masyarakat bumiputera. 
v) Menambahkan kuota pendidikan di pusat-pusat pengajian tinggi di dalam dan luar negeri khas untuk pelajar Bumiputera. 
vi) Menambahkan bilangan bumiputera yang berkelayakan ikhtisas dan teknikal dalam sektor awam dan swasta. 
Untuk memastikan DEB akan berjaya mencapai matlamatnya kerajaan turut menggembleng tenaga jabatan kerajaan yang terlibat untuk menggerakkan instrumen DEB. Antara perbadanan yang mengambil bahagian untuk membantu kerajaan meningkatkan taraf ekonomi kaum Bumiputera ialah: 
1. Permodalan Nasional Berhad (PNB). 
2. Perbadanan Nasional Berhad (PERNAS). 
3. Perbadanan-perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN). 
4. Bank Negara. 
5. Bank Pembangunan Malaysia Berhad. 
6. Skim Amnah Saham Bumiputera. 
7. Majlis Amanah Rakyat (MARA). 
8. Pusat Daya Pengeluaran Negara (PDPN). 
Pencapaian DEB Setelah Tahun 1990
  Setelah tahun 1990 tahun yang dijangkakan untuk mencapai matlamat DEB tiba, DEB masih lagi belum berjaya mencapai matlamat sepenuhnya seperti pemilikan ekuiti Bumiputera sebanyak 30 peratus dalam aktiviti ekonomi. Namun begitu banyak juga kejayaan yang telah dicapai seperti purata pendapatn isi rumah yang bertambah, pengurangan kadar kemiskinan telah dapat dikurangkan dan pengenalan kaum berdasarkan aktiviti ekonomi telah berkurangan. 
 Dasar Pendidikan Kebangsaan 
  Dasar Pendidikan Kebangsaan adalah hasil daripada Akta Pelajaran 1961 yang berdasarkan syor laporan Razak 1956 dan Laporan Rahman Talib 1960. Ia telah dimaktubkan dalam Ordinan Pendidikan 1957. Pada amnya dasar ini bertujuan untuk membantu menyatupadukan rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan keturunan melalui sistem pelajaran yang menitikberatkan penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama serta berasaskan kokurikulum, peperiksaan dan kegiatan kokurikulum yang sama. Antara langkah yang telah diambil ialah: 
1. Bahasa Inggeris diwajibkan di semua sekolah rendah. 
2. Bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah menengah. 
Penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan di semua sekolah diperkenalkan secara berperingkat-peringkat. Bahasa Melayu mula diperkenalkan di sekolah rendah pad athaun 1970 tetapi mulai  tahun 1983 semua kursus tahun pertama di peringkat universiti diajar dalam Bahasa Melayu. 
Objektif  utama sistem pelajaran kebangsaan ialah untuk memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya. Antara matlamat lain dasar ini ialah: 
i) Untuk menghasilkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih. 
ii) Menggalakkan perkembangan ekonomi, umpamanya menyediakan tenaga kerja khasnya dalam bidang sains dan teknologi. 
iii) Menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial dan politik negara. 
iv) Membentuk satu masyarakat majmuk yang bersatu padu dan saling memahami antara satu sama lain. 
v) Mengurangkan pembaziran tenaga kerja akibat terlalu ramai murid yang keciciran dari alam persekolahan pada usia yang muda hingga mengurangkan potensi kerja negara. 
vi) Mendemonstrasikan pendidikan dari segi peluang dan mutu dengan mengagihkan peruntukan secara adil dan memberi perhatian khas kepada kumpulan yag kurang bernasib baik dan kawasan luar bandar. 
Antara strategi yang telah dilaksanakan pula ialah: 
a) Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. 
b) Mengadakan kurikulum dan peperiksaan yang sama di semua sekolah. 
c) Memperkenalkan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) pada 1982 berdasarkan kemahiran 3M iaitu Membaca, Menulis dan Mengira serta memperkenalkan. Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) pada 1988. 
d) Mempertingkatkan pendidikan rohani, disiplin dan keagamaan. 
e) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang dapat memupuk disiplin dan perpaduan. 
f) Memperluaskan pendidikan teknik dan vokasional dan mempelbagaikan kemudahan pelajaran. 
  Langkah-langkah di atas amat penting untuk memupuk perpaduan terutamanya langkah yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar yang utama. Ini  akan memberikan  kefahaman dan rasa saling memahami sambil dapat menghindarkan rasa curiga antara satu sama lain kerana mereka dapat berinteraksi dengan menggunakan  satu bahasa tunggal iaitu Bahasa Melayu. Melalui aktiviti ko-kurikulum pula akan dapat melahirkan insan generasi yang dapat menghargai perpaduan dan bermoral tinggi agar tidak berlaku lagi ulangan kepada peristiwa 13 Mei 1969.  Ia juga boleh dihayati menerusi falsafah pendidikan negara yang telah ditetapkan seperti berikut: 

                  “ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi  potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”. 

                  Jika diteliti falsafah pendidikan negara di atas nyata bahawa dasar pendidikan negara adalah satu dasar yang diwujudkan untuk menyemai rasa cinta kepada negara yang secara simboliknya menuntut usaha ke arah mempereratkan perpaduan antara satu sama lain agar kisah 13 Mei 1969 tidak akan berulang. 
 Dasar  Kebudayaan Kebangsaan 
  Sebagai sebuah negara yang rakyatnya berbilang bangsa, kaum dan agama Malaysia tidak lari daripada aspek kepelbagaian budaya anatara satu sama lain. Melalui dasar ini unsur-unsur kebudayaan dapat dignakan untuk membentuk warganegara yang lebih baik dan membina negara bagi mencerminkan satu keperibadian Malaysia. 
Dasar Kebudayyan Kebangsaan telah dirangka berteraskan tiga prinsip utama yang telah ditetapkan oleh Kongres Kebudayaan Kebangsaan 1971 iaitu: 
I) Kebudayaan Kebangsaan Malaysia hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini; 
II) Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai dan wajar boleh diterima menjadi unsur Kebudayaan Kebangsaan. 
III) Islam menjadi unsur penting dalam pembentukan dalam pembentukan Kebudayaan Kebangsaan. 
 Dasar ini juga penting kepada rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan mempunyai kebudayaan yang berbeza kerana ia dapat saling memberi kefahaman tentang  budaya masing-masing agar perasaan prasangka anatara satu sama lain dapat dihindari. Antara lain dasar ini juga menolak unsur-unsur barat yang tidak sesuai daripada meresap masuk dan mempengaruhi kebudayaan rakyat Malaysia. Matlamat Dasar Kebudayaan Kebangsaan ialah: 
i) Membantu  mencapai perpaduan di kalangan rakyat Malaysia. 
ii) Memupuk dan menjamin keutuhan identiti kebangsaan. 
iii) Memperkayakan dan mempertingkatkan mutu kehidupan manusia dan menanam sikap kerohanian yang seimbang dengan pembangunan kebendaan di Malaysia. 
 Pelaksananan Dasar Kebudayaan Kebangsaan 
  Dalam membentuk apa jua dasar perkara yang paling penting ialah soal pelaksanaan keran jika ia hanya sempurna di atas kertas tetapi tidak dapat diterjemahkan ke dunia nyata maka tiada gunanya ia dibentuk. Begitu jua dalam soal Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang telah dilaksanakan seperti di bawah agar matlamatnya tercapai: 
1. Memperbanyakkan dan mengembangkan pertunjukan kebudayaan di peringkat negeri dan nasional. 
2. Memberi latihan dan menyokong pergerakan-pergerakan kebudayaan. 
3. Meningkatkan taraf dan mutu berbagai-bagai bidang seni di negara kita. 
4. Memupuk kesedaran kebangsaan. 
5. Memenuhi keperluan sosiobudaya negara. 
  
 Dasar Pembangunan Nasional (DPB) 
  Dasar Pembangunan Nasional (DPB) diumumkan oleh Datuk Seri Doktor Mahathir Mohammad pada 17 Jun 1991 di parlimen. DPN dilaksanakan bagi menggantikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan ia terkandung dalam  Rangka Rancangan Jangka Panjang Kedua (RRJP2) bagi tempoh tahun 1991-2000. 
Melalui dasar ini ia masih lagi mengekalkan tujuan asas DEB dan bermatlamatkan untuk mencapai pembangunan seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil . Matlamat akhir dasar ini ialah untuk membentuk perpaduan kaum. 
DPN merangkumi beberapa aspek penting seperti berikut: 
a) Mewujudkan keseimbangan yang optimum di antara  matlamat pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. 
b) Memastikan pembangunan yang seimbang bagi sektor-sektor utama ekonomi untuk meningkatkan daya saling melengkapi antara sektor bagi mengoptimumkan pertumbuhan. 
c) Mengurang dan akhirnya menghapuskan keadaan ketidaksamaan dan ketidakseimbangan sosial dan ekonomi dalam negara untuk menggalakkan perkongsian secara lebih adil dan saksama faedah yang diperolehi daripada pembangunan ekonomi untuk semua rakyat Malaysia. 
d) Menggalak dan memperkukuhkan integrasi nasional dengan mengurangkan jurang ketidakseimbangan yang luas dalam pembangunan ekonomi di kalangan negeri-negeri dan di antara kawasan luar bandar dan bandar. 
e) Membangunkan sebuah masyarakat yang progresif di mana semua rakyat menikmati kesejahteraan hidup yang tinggi, di samping mempunyai   nilai-nilai sosial dan kerohanian yang positif  serta menghayati perasaan bangga dan cintakan negara. 
f) Memajukan pembangunan sumber manusia termasuk mewujudkan tenaga kerja yang berdisiplin dan produktif serta meningkatkan kemahiran-kemahiran perlu bagi menghadapi cabaran dalam pembangunan industri melalui satu budaya kecemerlangan tanpa menjejaskan matlamat penyusunan semula masyarakat. 
g) Menjadikan sains dan teknologi sebagai satu teras penting dalam perancangan dan pembangunan sosioekonomi yang memerlukan usaha membangunkan keupayaan dan kebolehan dalam teknologi strategik dan berasaskan ilmu serta memajukan budaya sains dan teknologi dalam proses membangunkan satu ekonomi perindustrian yang moden. 
h) Memastikan bahawa dalam usaha mencapai pembangunan ekonomi, perhatian yang sewajarnya perlu diberikan kepada perlindungan alam sekitar dan ekologi dalam jangka panjang bagi memastikan pembangunan negara dapat dikekalkan secara berterusan. 
Melalui DPN terdapat empat perkara yang telah digariskan kepada pendekatan strategi ekonomi DEB iaitu: 
a) Mengalih tumpuan membasmi kemiskinan di kalangan golongan termiskin di samping mengurangkan kemiskinan relatif. 
b) Menumpukan perhatian kepada pembangunan sebuah masyarakat perdagangan dan perindustrian Bumiputera. 
c) Meningkatkan penekanan kepada sektor swasta untuk melibatkan diri dalam proses penyusunan semula masyarakat 
d) Memberikan lebih tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat pertumbhan ekonomi dan pengagihan yang saksama. 
DPN merupakan kesinambungan usaha yang telah dilaksanakan menerusi DEB dan bertujuan untuk membina sebuah negara Malaysia yang lebih makmur dan  sentosa. 
  
    Masalah 13 Mei 1969 jika dilihat dari satu aspek sememangnya banyak memberikan kesan negatif terhadap negara kita tetapi jika dilihat pula dari satu sudut yang lain ia sebenarnya banyak memberi kebaikan kepada kita semua rakyat Malaysia. Melalui peristiwa berdarah itulah kita kini dapat hidup dan membentk sebuah negara Malaysia yang aman damai, harmoni hinggakan menjadi sebutan dunia kerana sebuah negara yang rakyatnya berbilang kaum dapat hidup bersama dalam keadaan dan suasana yang aman damai.  Jika dilihat faktor berlakunya peristiwa 13 Mei 1969  kebanyakan disebabkan oleh peranan penjajah yang telah membentuk satu masyarakat yang mempunyai kelas dan tahap tertentu demi untuk memelihara kepentingan mereka di Tanah Melayu. Justeru setelah berlaku peristiwa 13 Mei kerajaan telah mengambil langkah untuk membentuk semula masyarakat Malaysia menerusi dasar-dasar dan tindakan segera yang telah diambil untuk memastikan bahawa kemakmuran negara akan terus terpelihara dan terjamin.  Peristiwa 13 Mei merupakan satu titik tolak ke arah kebaikan kepada negara kita kerana selepas sahaja peristiwa tersebut berlaku amak semua pihak mulai sedar dan saling bekerjasama membentuk perpaduan yang lebih jitu seperti yang dapat kita saksikan kini. Apa yag perlu dilakukan kini oleh rakyat Malaysia ialah terus mendukung aspirasi nasional tanpa mengira apa pun fahaman politik  dan salig membantu antara satu sama lain ke arah Malaysia yang lebih adil. Dasar-dasar yang dirangka oleh kerajaan pula haruslah didokong dan diberi sokongan yang sewajarnya agar ia berjaya mencapai matlamatnya.  Selepas 13 Mei 1969 juga jelas menampakkan satu peningkatan yang amat membanggakan bagi negara kita dari segi pemupukan perpaduan kaum dan ia adalah hasl daripada usaha-usaha yang telah dijalankan oleh kerajaan melalui dasar-dasar seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pendidikan Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan Dasar Pembangunan Nasional serta wawasan 
 

KERATAN AKHBAR DARI PERISTIWA 13 MEI 1969

                               CONTOH KERATAN AKHBAR YANG MENCERITAKAN KISAH 13 MEI 1969


KERATAN DIATAS MENDEDAHKAN PUNCA 13 MEI 1969



KERATAN INI MENUNJUK KN KESAN YANG BERLAKU AKIBAT PERISTIWA HITAM INI

SEHARI SEBELUM KEJADIAN


Keratan akhbar di atas dikerat dari akhbar The Malay Mail bertarikh 13 Mei 1969.

Kain rentang dalam gambar di keratan akhbar tersebut tertera: "Students Solidarity March In Support For ACADEMIC FREEDOM" (Perarakan Solidariti Mahasiswa Menyokong Kebebasan Akademik).

Perarakan yang dianjurkan oleh UMSU ini merupakan sebahagian daripada program orientasi pelajar baru yang dianjurkan sepenuhnya oleh mahasiswa sendiri tanpa campurtangan pihak atasan.

Ramai orang mengingati 13 Mei 1969 dengan tragedi konflik politik berdarah antara kaum yang menimpa ibu negara Kuala Lumpur. Sudah pasti timbul di benak kepala orang ramai, bagaimanakah agaknya situasi di kampus-kampus ketika itu?

Sedang sibuk parti-parti politik perkauman mengapi-apikan situasi dan memecahbelahkan rakyat, 12 Mei 1969 menjadi saksi bagaimana mahasiswa pelbagai kaum dalam UM telah menunjukkan perpaduan antara mereka dengan mengadakan "Solidarity March" sempena Minggu Orientasi 1969.

Dahulu, tidak perlu slogan retorik 1Malaysia. Idealisme perjuangan sudah cukup untuk menyatukan mahasiswa berbilang bangsa.

IKTIBAR 13 MEI 1969


Contoh keratan akhbar


2012/05/13


HARI ini 13 Mei - tarikh yang sangat sinonim dalam sejarah negara. Pada tarikh ini kira-kira 43 tahun lalu, berlaku peristiwa berdarah yang tidak mungkin dilupakan oleh seluruh rakyat terutama mereka yang mengalami sendiri peristiwa berdarah itu.

Lebih menyayat hati, ada antara mereka yang menyaksikan sendiri pertumpahan darah gara-gara perbalahan antara kaum itu, hilang keluarga dan tempat bergantung akibat tragedi itu.

Bagi generasi baru, tarikh itu mungkin tidak meninggalkan kesan. Mereka tidak mungkin merasai pahitnya perasaan kehilangan, pedihnya maruah dipermainkan apatah lagi berasa gerun kerana nyawa berada di hujung tanduk. 

Jika diimbas semula peristiwa berdarah itu, banyak kesan yang boleh dilihat sama ada secara langsung ketika itu mahupun kesan jangka panjang atau impak positif serta pengajaran yang boleh diambil dari 13 Mei 1969.

Kesan langsung sudah tentulah huru hara, kebakaran, kematian, kecederaan dialami mereka yang terbabit dengan peristiwa itu yang menyaksikan angka kematian direkodkan seramai 196 orang dengan 439 orang lagi cedera, 39 orang hilang dan 9,143 individu ditahan. Pihak berkuasa juga merekodkan sebanyak 211 kenderaan musnah pada kejadian itu.

Namun, ada pihak mendakwa statistik itu tidak begitu tepat kerana orang ramai yang menjadi saksi kejadian menyatakan jumlahnya lebih ramai berdasarkan deretan lori membawa mayat yang tidak sempurna menuju ke beberapa balai polis sekitar ibu negara.

Kejadian itu juga menyebabkan pengisytiharan darurat oleh Yang Di-Pertuan Agong yang dibuat pada malam 16 Mei. Dengan pengisytiharan itu, Perlembagaan Persekutuan digantung. Negara diperintah secara terus oleh Yang Di-Pertuan Agong di bawah undang-undang tentera. 

Darurat menjadikan ibu kota Kuala Lumpur seperti kota lama ditinggalkan, bergelap serta seakan berkabung atas kehilangan nyawa yang begitu banyak dalam satu masa.

Dalam masa yang sama ditubuhkan Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang dipengerusikan Tun Abdul Razak dan dianggotai beberapa pemimpin kanan negara. Malah pentadbiran negara dikendalikan hasil perkongsian kuasa tentera, polis, awam dan ahli politik. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.

Sepanjang tempoh darurat, MAGERAN melakukan pelbagai tindakan untuk mencari punca dan penyelesaian supaya tragedi seumpama itu tidak berulang. 

Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat mengenai Perlembagaan Negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk menyusun semula masyarakat dan menghapuskan pengenalan kaum dengan aktiviti ekonomi atau pekerjaan dan membasmi kemiskinan tegar serta pembangunan di kawasan luar bandar.

Selepas itu terbentuknya Barisan Nasional yang menggantikan Parti Perikatan yang bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan. Hampir semua parti yang bertanding pada 1969 menyertai BN kecuali DAP dan PAS. 

Kesan jangka panjang 13 Mei pula ialah luar bandar semakin maju dan tahap kemiskinan penduduk berkurangan dengan Amanah Saham Nasional dan Bank Bumiputera diperkenalkan. Institusi pendidikan seperti Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan pelbagai peluang lain juga diwujudkan bagi melahirkan golongan profesional dan cendikiawan tempatan.

Lebih utama, kerajaan juga menubuhkan Kementerian Perpaduan Negara yang kini dikenali Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi mengatasi masalah perpaduan kaum di negara ini. 

Justeru, keamanan yang dikecapi kini hasil pemulihan perpaduan kaum dan penstrukturan semula masyarakat kesan peristiwa hitam itu perlu dipertahankan bukannya diperlekehkan atau dipandang sepi sehingga sanggup terbabit dalam pelbagai acara yang boleh menimbulkan huru hara seperti perhimpunan BERSIH, baru-baru ini.

Pakar sejarah yang juga Profesor di Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi, Prof Datuk Ramlah Adam berkata beliau melihat generasi baru dan pemimpin sesetengah parti politik seakan lupa dengan peristiwa 13 Mei 1969 dan seakan tidak mahu mengambil iktibar daripada tragedi berkenaan.

Ramlah berkata, kini wujud golongan yang bertindak terlalu biadap dengan memainkan sentimen yang boleh mencetuskan huru hara seperti yang pernah tercetus pada 13 Mei 1969 serta semakin berani mendedahkan keburukan orang lain mahu pun kerajaan tanpa rasa segan silu.

“Orang Melayu pula saya lihat macam hilang kuasa dan keberanian malah semangat perpaduan mula terhakis, malah tiada lagi semangat mahu berjuang untuk bangsa. Hala tuju perjuangan parti juga semakin pudar. Contohnya PAS jika dulu mengkafirkan UMNO kerana kononnya bersekongkol dengan MCA dan MIC, kini parti itu beralih arah dan bekerjasama dengan DAP.

“Lebih menyedihkan saya, PAS yang memperjuangkan Islam, baru-baru ini mahu mengeluarkan agama Islam daripada Perlembagaan Negara sedangkan dulu perjuangannya mahu memartabatkan agama Islam dan menuduh Parti Perikatan sebagai tidak menjalankan Islam dengan baik,” katanya.

Beliau juga mahu generasi muda mengambil iktibar daripada peristiwa 13 Mei supaya tidak beremosi dalam perjuangan sehingga meninggalkan jati diri sebagai rakyat negara ini.

“Tidakkah mereka melihat dalam tempoh 55 merdeka ini banyak sangat yang kerajaan sudah lakukan termasuk terlalu berkompromi dalam banyak hal yang sudah termaktub dalam Perlembagaan Negara. Jangan biarkan banyak perkara dalam Perlembagaan Negara dilepaskan begitu saja kerana ia akan merugikan rakyat seluruhnya.

“Masyarakat kini tidak melihat sejarah untuk dijadikan panduan meneruskan kehidupan sebaliknya lebih suka mendengar cakap orang dan menerima fitnah serta menolak kebenaran dan sukakan benda anti kebenaran seperti menyokong kegiatan seks songsang oleh kumpulan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

“Seperti perhimpunan BERSIH baru-baru ini, saya nampak parti pembangkang mendidik masyarakat menolak undang-undang dengan sewenang-wenangnya memukul polis yang menjadi penguatkuasa undang-undang, dikhuatiri sikap anarki golongan ini dianggap satu kelemahan yang akan digunakan kuasa asing menjajah Malaysia,” katanya. 


Info 

Faktor serta merta berlakunya kejadian


Perarakan kemenangan parti pembangkang di Kuala Lumpur

Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihan Raya Umum pada 10 Mei 1969. Dr Tan Chee Khoon dari parti GERAKAN menang besar di kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak meraikan kemenangan parti itu. Perarakan itu menyebabkan kesesakan jalan raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru sedangkan di Kampung Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO. Di sini letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Harun Idris.

Tindak balas orang Melayu pada perarakan kemenangan pilihan raya

UMNO mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang mengakibatkan terjadinya peristiwa ini. Hal ini adalah kerana perasaan emosi yang tinggi dan kurangnya kawalan dari kedua-dua pihak. Perarakan ini tidak dirancang.

Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Harun selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan keadaan.

PENGAJARAN YANG DIPEROLEHI DARI KEJADIAN 13 MEI 1969.








1. Kehilangan Nyawa dan Harta Benda
Peristiwa 13 Mei 1969 ini sebenarnya tidak menghasilkan sebarang faedah kepada berlakunya perpecahan dan perbalahan antara kaum Melayu dan kaum Cina yang mengakibatkan kerosakan harta benda yang besar malah yang paling malang ialah nyawa yang terkorban, kejadian seperti ini meninggalakan kesan dan pengajaran yang pahit dan getir kepada saudara mara dan kaum keluarga yang terlibat. 

2. Perintah Berkurung
Selepas berlakunya peristiwa 13 Mei 1969 , kerajaan terpaksa mengeluarkan Perintah Berkurung yang disebabkan oleh kekacauan dan pecahbelah antara kaum . Ini bertujuan untuk mengawal keselamatan rakyat dan mengembalikan kestabilan negara ketika itu. Ini membawa kesan yang buruk terhadap suasana persekitaran dan pergaulan yang kurang harmoni antara kaum kerana ianya menyekat aktiviti yang bebas untuk mencari punca pendapatan seperti menjalankan perniagaan , susah berinteraksi dan saling berhubungan antara kaum .Selain itu , segala aktiviti harian masyarakat tersekat.



3. Keuntungan Kepada Musuh-Musuh Negara
Peristiwa 13 Mei 1969 ini telah menguntungkan kepada musuh-musuh negara yang sentiasa mengambil kesempatan dan peluang untuk memecah-belahkan rakyat dan ingin menakluk Malaysia sebagai taklukan dan jajahan negaranya .Pengalaman yang perlu diteladani daripada peristiwa ini ialah keadaan negara yang menjadi tidak aman , huru-hara dan rakyat yang berbilang kaum berpecah-belah akibat daripada rasa tidak berpuashati dengan isu-isu yang sensitif terutama isu perkauman .Antara contoh-contoh yang boleh dijadikan panduan kepada negara ialah kejatuhan empayar Melayu Melaka di tangan penjajah portugis pada tahun 1511 begitu juga dengan pencerobohan dan penaklukan tanah kepunyaan negara Arab khususnya di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat Jordon oleh kuasa Israel , dan penindasan secara kejam terhadap rakyat Palestin setelah berjaya mencerobohi bumi Arab ini . 



4. Perpaduan Nasional

Tragedi Peristiwa 13 Mei 1969 ini memberi kepada kita pengajaran dan kerajaan telah mengadakan dasar perpaduan antara kaum dan masyarakat sekeliling untuk dijadikan panduan dan pegangan masyarakat yang berbilang kaum bagi menjalankan hidup secara aman dan sentiasa bersifat berbaik sangka antara satu sama lain .Kesedaran penting di kalangan rakyat bahawa sikap hormat-menghormati , bertolak-ansur , bertoleransi dan menjauhi sifat-sifat yang terkeji seperti berdengki , beriri hati dan menanam sifat curiga di antara kaum . Dengan terdapat pelbagai jenis kaum , agama , budaya dan pegangan agama di Malaysia maka Peristiwa 13 Mei 1969 ini pasti berulang sekiranya tiada kesedaran tentang isu-isu sensitif yang timbul seperti hak kedudukan istimewa kaum Melayu yang merupakan penduduk asal bagi negara ini . Oleh itu kaum-kaum lain yang tinggal di negara ini perlu menghormati kedudukan istimewa kaum Melayu dan mewujudkan suasana yang harmoni di kalangan masyarakat . Pendek kata tanggungjawab perpaduan adalah tanggungjawab semua pihak.



5. Keadilan Ekonomi
Tragedi 13 Mei juga menunjukkan bahawa matlamat perpaduan masyarakat sukar dicapai jika masyarakat Malaysia dalam kemiskinan ianya menjadi lebih sukar jika majoriti kadar kemiskinan penduduk itu hanya pada satu kaum sahaja.Keadaan ekonomi dan demografi penduduk Malaysia menunjukan bahawa majoroti penduduk Bumiputra tinggal di luar bandar kebanyakan adalah berpendapatan rendah dan miskin. Kemiskinan ini akan menjadi isu didalam masyarakat Malaysia,khususnya masyaraka Bumiputra.Untuk mencapai keharmonian hidup adalah sukar.Oleh itu selepas 13 Mei,satu dasar pragmatik yang diberi nama Dasar Ekonomi Baru (DEB),telah digubal oleh kerajaan. Dasar ini merupakan satu dasar jangka panjang (1970-1990)yang mempunyai dua objektif utama iaitu :

(i) Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum,

(ii) Menyusun semula masyarakat,


Dasar ini tidak bertujuan untuk merampas kekayaan atau hak sesuatu kaum dan memberikan kepada kaum yang lain. Sebaliknya dasar tersebut bertujuan untuk merapatkan jurang perbezaan antara golongan yang miskin dan golongan yang kaya. Objekif yang lain ialah menghapuskan identiti pekerjaan dengan keturunan kaum yang ketara dalam masyarakat Malaysia.